CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 21 November 2011

YESSS!! Berjaya . .

Semalam aq ngan family tengok perlawanan bola sepak MALAYSIA vs INDONESIA . wahhhh! sangat teruja ok kami semua.  Jam baru jak menunjukkan tepat pukul8 malam, mamakku uda keluar dari dapur tanya sal perlawanan tu, ndak sabar nampaknya. . . yang di sokong pun ndak tau mana satu hahahahaaa!~ Malaysia Tanah Tumpahku Indonesia Asal Usulku . Ngehhhh~~ macam mana tu yah???. . .  Tepat jak jam8.30 kami semua uda duduk depan Tv nengok game tu walaupun tanpa ada orang lelaki di umah tengok bola sama-sama dengan kami tapi semangat kami wahhhh mengalahkan orang lelaki excitednyaa. . .  hahahahaha! . Sumpah aq yang nebes tau tym perlawanan tu berlangsung , jantungku sekalian berdegub kencang , tekak aq smpai sakit teriak bila pemain indonesia tu bawa bola menghampiri tiang gol Malaysia . . . . huh~ rasa lega bila dorang kasik kuar bola tu dari kawasan bahaya! tarik nafas panjang aq. . .  fuhhhhhhh~~ hihihihi. . sekali indon sik gol 1 tmbah berdegub kencang jntung ku . . . punya awal dorang sik gol . Sunyi sepi terus kami tapi bila Malaysia sik gol juak wauuu maunya aq melumpat-lumpat yah nasib badan berat . .  c-baby dalam perut pun kalik kuat juak dia menendang macam c-Asraruddin tendang bola sik gol cuma aq belum terasa tendangannya tu, tengah menunggu saat itu . . . . ehek!~ Main punya main, bertahan selagi bole, mencuba dan terus mencuba mengasik gol akhirnya habis masa lah plak . . . Fuhhhh!~ dasyatnya game nie wat jantungku hampir copot taukkk. . . .  Dan akhirnya Malaysia pun menang hasil jaringan Penalti walaupun aq ndak nmpak bab mataku uda ndak tahan menahan ngantuk . Apa-apa pun TAHNIAH yang berat yah buat Harimau Muda Malaya bab berjaya mendapat Medal Gold . Ehek~~~ Tabik spring aq ngan pemain-pemain muda malaysia nie. .  kuat betul semangat dorang dan paling best dorang semua cool and ensemboi *marahlah c-suami nie* .



 tapiiii . . .  aq dalam mood kerinduan nie ama c-suami, dia keluar kota p kursus kalo tguk bola nie mesti dia ada juak tym nie. .  ehek!~ MISS U sayang

Isnin, 7 November 2011

Salam !

Belum terlambatkan utk mengucapkan Salam Aidiladha, moga pergorbanan yang kita lakukan mendapat berkat di sisinya.  AMIN ~ . Raya Aidiladha baru-baru nie ndak banyak aktiviti cuma aq sibuk berulang alik dari umah mertua ke umah ku, aq rasa hari-hari biasa tenaga yang aq gunakan ndak berapa banyak tapi kali nie aq hampir gunakan 100% tenaga aq. huh! letih sangat tapi apakan bole buat kan memang lumrah dah berkahwin. Aq menyesal sangat tau, mau tau kenapa? cz sesi photo antara aq ngn c-suami ndak ada tym aidiladha nie ndak mcm raya aidilfitri lalu bukan main bergambar sakan lagi kami. hihihihihihi~ mgkin disebabkan masing-masing malas mau amek peduli kan maka  itulah jadinya. Ngehhh~ ndak pa len hari kan ada lagi. . . .  ok jangan merapu motif utama aq tulis entry nie just mau mengucapkan Salam AidilAdha untuk semua . . .



daripada saya QiLna dan c-suami berserta Keluarga yang lain . . . . . .

Rabu, 2 November 2011

Indahnya Kurniaan ALLAH swt

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN


Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.


BULAN PERTAMA

Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).


BULAN KEDUA
Pada hujung minggu kelapan lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

BULAN KETIGA
Menjelang bulan ketiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).

BULAN KEEMPAT
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)

BULAN KELIMA
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g).

BULAN KEENAM
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).

BULAN KETUJUH
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

BULAN KELAPAN
Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).

BULAN KESEMBILAN
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.






::> wahhh! sangat terharu bila mengetahui info macam nie, dan buat aq ndak sabar melahirkan bakal anak aq ni . Mudah2an ALLAH sentiasa dekat dengan ku <:: 

Selasa, 1 November 2011

Mahukan ia

Assalamualaikum

uhuk! yes ini entry yang ke-3 aq selepas sebulan tinggalkan blog nie. Alhmdulillah! aq akan berusaha laik untuk entry-entry akan datang yah olzz . hihihihi~ kali nie aq nak cerita plak psal suatu benda yang aq inginkan sangat-sangat dan skrg nie aq tengah berusaha untuk dapatkannya, bukannya senang tau kalo lah benda tu ibarat macam keropok senang jak mau dapat sudah pasti benda tu aq dah miliki sekarang. Auwww~~ tolong lah yah QiLna jangan mau  berangan tinggi-tinggi sangat OK. Ngehhh~~ . . . . sekarang nie pun aq patut bersyukur cz myBHK still ada dan masih bole digunakan dan bawa aq pegi ke mana jak yang aq mau . Bila tiba masanya nanti aq kena berpisah juak dengan myBHK tu, rasa sayang juak tapi apa bole buat kan? setiap orang pasti mau kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya kan? Banyak pekara yang jadi antara aq ngn myBHK tu . . . .1st tym drive, 1st jumpa myHusband dulu, langgar benda jangan cerita lah  . . terlalu banyak. Ehek~



Dan kali nie aq nakkan benda nie :




wahhh!! bila lah aq betul-betul bole dapat ALZA nie dan tidak lagi bermimpi ataupun berangan-angan !
kwkwkwkwkwkwk!~~