CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 11 Februari 2011

~ Sem.Break Part 3 ~

Day 3
Oleh kerana cuti 1minggu nie, aq ingat aq ngn budak-budak kelas dapatlah kami semua bercuti tanpa memikirkan assigment! huh~ jangan berangan yah kawan2x!.... dok kerana cuti, assigment bertimbun2 kena bagi. Tapi balik kampung 1 buah buku pon ndak bawa balik. . hahaaaa~~ biasalah kan? Hari ke-3 dalam mnggu holiday 2 aq ngan group member aq kena wat lawatan kat mana-mana loji yang jadi pilihan kami. Tujuannya supaya kami di dedahkan bagaimana Loji Rawatan Air tu berfungsi n apa proses-proses yang dijalankan di Loji tu semasa Rawatan Air dijalankan.. . .siOk kan???...Ngehh~ nie benda lah yang aq blajar kat poli tu yah...Semua perkara kami belajar! Terpulang dari kita jak samada masuk dalam otak ataupun tidak. =p. Bila kami jejakkan kaki jak pegi Loji pilihan kami tu, huh, panas gilak aq di watNya tau. Tak kena kasik benar kami masuk, bole-bole lagi dia swuh wat surat balik untuk masuk wat lawatan padahal kami da pon wat surat tu awal lagi, alasannya dia mau surat tu seminggu sebelum kami wat lawatan! adehh,. ksian, mntang-mentang kami student so kena buli lah ole orang atasan Jadik kami wat kptsan pegi loji yang 1 lagi tapi kena benda yang sama juga! SABAR jak kami. So, hari ketiga tu penat kena "umban-umban" jak! tp ada member suggest pegi Loji yang Kat Semporna cz dia bole tulung aturkan. Kami pon terima ngn senang hati.

~ Air ~

p/s : Kepada Pihak berkenaan jgn lah tayang sikap buruk depan student!!! 

Day 4
Lokasi : semporna
Perjalanan yang mengambil masa 1 @ 2jam tu betul2 buat aq rasa macam mau patah pinggang drive. Gerak tinggalkan tawau dekat jam9 so dalam jam10 lebih gitulah kami masuk da area semporna. Tujuan kami pegi semporna tu pun mau pegi wat lawatan di Loji Rawatan Air dekat semporna sambil tu bole ronggeng kejap, so kami teruskan lah perjalanan pegi semporna tu n benda yang kami ndak sangka terjadi, kami terlajak perjalanan. hahaaa~ Nasib lah ndak jauh sangat terlajak, bole patah balik. Rupa2nya Loji tu terletak kat tepi jalan jak sebelum sampai Pekan Semporna dan Loji tu pon aq rasa di namakan sempena pekan Semporna tu. PEKAH semporna, tu lah nama loji tempat di mana kami pegi melawat dan tempat tu jugalah rupanya Uncle c-ain nie bekerja, patutlah senang betul masuk. Orang dalam kuat tu! kalo tau, awal-awal lagi da swuh ain aturkan. Syukurlah, semuanya pon da selesai...kami kena guide ole uncle ain, dia yang terangkan semua perkara, benda dan proses yang terjadi kat loji tu. Best gilakk, dapat ilmu.. so, org semporna terutama myBFF tu aq dah tau dari mana punca air yang kamu pakai tu. . hahahaaaa~~~

~ briefing dulu sblm p melawat ~


~ tym nie kena bagi demo mcm mn proses cuci air ~


~ Dekat Dalam Lab PEKAH, sini lah dorang kaji air tu ~


Penat gilak dohhh, 1 PEKAH tu kami round. Memang setiap penjuru kami tguk mcm mana prosesnya.,tapi sangat enjoy. Walaupun penat tapi ilmu yang kami dapat tu tak terkira, balik poli nanti bole lah siapkan assigment yang kena bagi tu. Terima kasih sangat-sangat dan tidak terhingga kepada Uncle ain tu, saya pon dah lupa sapa nama uncle ain tu. Dia nice sangat tau n very kind, kalau kamu semua mau tau, dia siap bagi kami makan free lagi dekat umahnya.....Aduuhhh~ mana mau dapat orang mcm gitu kan? thanks a lot uncle ain berserta isteri dan anak-anaknya yang cumil.hehehe~ tepat jam2 kami teruskan lagi perjalanan kami pegi pekan semporna, tempat 1st yang kami pegi ialah Semporna Ocean Tourism Centre (Floating). Perkara yang kami buat d sana tak lain tak bukan BERGAMBAR!! hahahaaaa~~. . . .  ;p





~ yg tgh tu c-alip, dia yg byk take pic kami ~


Bukan setakat yang di atas jak nie gambar kami, banyak lagi tau.. Semuanya pon Kaki Camera. Langsung ndk bagi can ngn jurugambar berehat kejap. hehehee~~ pas dr floating tu kami gerak pegi umah c-ana, ingatkan dekat jak dari pekan cz she told me umah dia dekat jak dari pekan semporna tu, skali pegi sana punyalah jauh perjalanannya ksian. Hampir give up! hahaaa~ sowie ana. . . lastly, smpai juak akhirnya. sekejap jak dekat umah ana, siap aq tapau mangga lagi. . Ngehh~ pastu smbung perjalanan balik tawau. Sangat penat tapi gumbira rasa hati. lalalallalalaaa~~~~ ;p. 4hari berturut-turut aq jalan jak, hari ke-5 aq ndak dapat ekut my rumet2x pegi LD (LAHAD DATU) cz keadaan yang tidak mengizinkan. 4hari nie lah sepanjang cuti yang aq wat. hehehe~ hari2 selebihnya aq isi dengan benda-benda yang lain. Ngehh~~ 

-Sem Break Part 1 , 2 & 3-
TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan