CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 2 November 2011

Indahnya Kurniaan ALLAH swt

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN


Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.


BULAN PERTAMA

Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).


BULAN KEDUA
Pada hujung minggu kelapan lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

BULAN KETIGA
Menjelang bulan ketiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).

BULAN KEEMPAT
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)

BULAN KELIMA
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g).

BULAN KEENAM
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).

BULAN KETUJUH
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

BULAN KELAPAN
Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).

BULAN KESEMBILAN
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.






::> wahhh! sangat terharu bila mengetahui info macam nie, dan buat aq ndak sabar melahirkan bakal anak aq ni . Mudah2an ALLAH sentiasa dekat dengan ku <:: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan